Friday, May 15, 2015

Larian Pekerja Muda - 9 to 5 Run di Putrajaya

Assalam uolls,

Baru-baru ni aku ada join acara Larian Pekerja Muda - 9to5 run di Putrajaya.  Program larian ni dianjurkan oleh Koperasi Profesional Putrajaya Berhad (KOPROJAYA) dan Persatuan Belia Muda (BPM).

Lebih 16,000 peserta yang ambil bahagian and dah masuk Malaysia Book of Records sebagai "The Most Number of Unions Participating in a Run".

Baju and number bib aku

Sebenarnya, nawaitu mula-mula masuk memang sebab nak dapatkan hadiah Cabutan Bertuah. Termimpi-mimpi dapat kereta (konon-kononnya bertuah sgtla hehe) pastu rasa macam blink-blink je mata bila tengok kat website, ada tulis semua peserta akan dapat medal and sijil lepas tamat larian. Haha sebab medal and sijil je pun.....tapi lepas dah sampai and tengok semua peserta, rasa macam excited gila sebab dapat berkumpul and join program camni.

Larian start jam 7.30 pagi yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato Sri Najib Tun Abdul Razak  Baru nak lari, hujan pulak turun...tapi yang bestnya, semua peserta semangat berlari walaupun dalam hujan.



The tall, dark and hensome Menteri Belia dan Sukan pun ada join larian 10KM..

Credit pic to  putrajayanews

Lepas abis larian, duduk sekejap bagi hilangkan penat.  dah lama tak berjalan and berlari macam ni eheehe.. yang penting, sambil-sambil duduk, kita selfie dulu sebab dah dapat medal and sijil kannn...

medal yang dikejar sangat2 hehe

Bagi korang yang tak pernah join program macam ni, boleh la join lain kali. Korang boleh try rujuk website; hooha kalau rasa nak tengok acara apa yang ada.  Mana tau kot-kot berminat kan...ape salahnya sekali sekala kita pergi acara macam ni yg menyihatkan badan..

1 comment:

  1. haihssss... xdapat join korang ... next time maybe

    ReplyDelete