Friday, May 15, 2015

Ice Skating @ Luncur Ais

Korang dah pernah main ice skating? Dulu masa kecik-kecik selalu tengok citer orang putih main ice skating.  Teringin sangat nak main.  Bila nak main, kawan-kawan pulak malu.  So bila dah kerja and ada kawan-kawan yang sama kepala, so dapatla jugak rasa nak main hehehe..


21 Februari 2012
Sunway Pyramid

1st time main masa ni pergi dengan kawan-kawan opis. Daripada Shah Alam, kami naik KTM ke Subang and then naik bas mini ke Sunway Pyramid.

Masa mula-mula masuk dalam tu, tangan tak lekang daripada pegang bahagian tepi gelanggang ais tu..bila dah 10 minit dalam tu, dah rasa berani, pergila ke tengah sikit tapi jalan sikit jatuh, jalan sikit jatuh huhuhu.. yang paling best masa jatuh terduduk.  memang best kata kau...


4 May 2012
Sunway Pyramid

2nd time pergi, sebab tak puas main. Masa mula-mula main, asyik jatuh je kan. tak pandai nak balance badan lagi..so pergi la lagi.  ape orang kata? praktice make perfect? 

kali ni, dah pandai balance badan. dah tak jatuh dah hehe juz belum mampu nak berlari macam peluncur air yang sebenar tu.  puas aku pikir, macam mana dorang boleh ada skill meluncur laju camtu siap lompat-lompat lagi kau..


Gambar lebih dari main


29 Disember 2014
Ioi Putrajaya

3rd time main.. Ni pun sebab adik-adik datang dari Pahang and tuntut janji-janji manisku.  Sebelum ni pernah berjanji dengan dorang nak main ice skating so bila time cuti sekolah ni, bawa la main kan.  Untungnye la jadi adik. Kecik-kecik dah dapat main. Aku ni, bila dah kerja baru dapat pergi main huhuhu.

tapi entah mengapa, aku rasa best main kat Sunway.  kasut dia best..gelanggang dia best..juz korang tak boleh sesuka hati bawa handphone masuk dalam gelanggang.  bahaya katanya...


amboi..best katanya
peace
Hanah pun sibuk jugak nak main

Dah 3 kali pergi main tapi.....masih lagi belum pandai sangat hahahah.. yelah kalau dah namanya practice make perfect, mestila kena pergi selalu yea dak? ape pun, ice skating memang seronok.  Korang kalau tak pernah pergi tu, pergila main.  ade jugak kenangan nak citer kat anak-anak nanti kan (amboi berangan tak nak kalah) hehehe..

Kalau korang 1st time nak pergi, pergi time weekday sebab orang tak ramai and rate dia lagi murah daripada weekdays and cuti sekolah.  kalau jatuh-jatuh, takdelah malu sangat sebab takde pun orang dok tengok heheheheh..


Larian Pekerja Muda - 9 to 5 Run di Putrajaya

Assalam uolls,

Baru-baru ni aku ada join acara Larian Pekerja Muda - 9to5 run di Putrajaya.  Program larian ni dianjurkan oleh Koperasi Profesional Putrajaya Berhad (KOPROJAYA) dan Persatuan Belia Muda (BPM).

Lebih 16,000 peserta yang ambil bahagian and dah masuk Malaysia Book of Records sebagai "The Most Number of Unions Participating in a Run".

Baju and number bib aku

Sebenarnya, nawaitu mula-mula masuk memang sebab nak dapatkan hadiah Cabutan Bertuah. Termimpi-mimpi dapat kereta (konon-kononnya bertuah sgtla hehe) pastu rasa macam blink-blink je mata bila tengok kat website, ada tulis semua peserta akan dapat medal and sijil lepas tamat larian. Haha sebab medal and sijil je pun.....tapi lepas dah sampai and tengok semua peserta, rasa macam excited gila sebab dapat berkumpul and join program camni.

Larian start jam 7.30 pagi yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato Sri Najib Tun Abdul Razak  Baru nak lari, hujan pulak turun...tapi yang bestnya, semua peserta semangat berlari walaupun dalam hujan.



The tall, dark and hensome Menteri Belia dan Sukan pun ada join larian 10KM..

Credit pic to  putrajayanews

Lepas abis larian, duduk sekejap bagi hilangkan penat.  dah lama tak berjalan and berlari macam ni eheehe.. yang penting, sambil-sambil duduk, kita selfie dulu sebab dah dapat medal and sijil kannn...

medal yang dikejar sangat2 hehe

Bagi korang yang tak pernah join program macam ni, boleh la join lain kali. Korang boleh try rujuk website; hooha kalau rasa nak tengok acara apa yang ada.  Mana tau kot-kot berminat kan...ape salahnya sekali sekala kita pergi acara macam ni yg menyihatkan badan..

Tuesday, April 28, 2015

Aroi Thai - Boat Noodle and Street Food Cyberjaya

Assalam uolls,



Korang pernah dengar pasal Boat Noodle tak? Hari ni first time aku makan..yummmyyy sedapppp... penuh satu meja aku and kengkawan order.  Rasa cam tak cukup plak..2 ke 3 kali suap je dah habis.. dapat plak kat orang yang kuat makan macam aku ni, memang tak cukup la hehehe

Alkisahnya, lepas aku gi melawat mak kawan aku kat Hospital Selayang, aku and kengkawan pergi la jalan-jalan cari makan kat Cyberjaya and then kami jumpa kedai Aroi Thai - Boat Noodle and Street Food.  Masuk je tengok menu ada tulis, everything is Rm1.90 only....wahhhh not bad..rambang mata la kami..kalau boleh semua nak order and rasa hehehe..



Ada nasi, noodle and side dishes..tp aku paling suka makan beef noodle soup..sedap ooooo..


bertingkat-tingkat kau


Overall memang best..Aku recommend korang try makan kat sini.  Gi dengan kawan-kawan, family, dating pun bolehhh..


muka hepi..masing-masing kekenyangan



Thursday, April 9, 2015

Belajar Secara Part Time

Assalam uollss,

Da lama xupdate blog ni huhu.  Too bz dengan kerja and pelajaran.  Dalam xsedar akhirnya dapat jugak aku sambung belajar dalam bidang perakaunan after 8 tahun abis sekolah menengah hihihi........

Nak dijadikan citer, aku ni pas abis je SPM terus keje kat kedai makan.  Bila da dapat duit, siyes xnak belajar da.  Seronok pegang duit sendiri. Macam2 keje aku dah buat and ditakdirkan satu hari aku minta keje kat satu company as a cashier tapi dorang offer jadi kerani akaun disebabkan result aku yang bagus katanya.  Bagus ke??? hahaha..

Masa dorang offer kerja kerani tu, aku memang excited sebab aku teringin sgt2 nak kerja dalam bidang perakaunan. And masa da keje, im so happy dengan senior yang banyak bagi tunjuk ajar, siap tulis kat whiteboard. Da macam cikgu pulakkkk.  Bila da paham pasal akaun, semangat nak belajar tu membuak2 and then aku apply kat satu Universiti ni kos Certified Account Technician (CAT) tapi xdpt sbb bila call tanya kenapa aku xdpt walhal aku memenuhi syarat kelayakan, then pihak Universiti tu cakap, ramai student daripada Universiti tu tukar kos daripada akaun kepada CAT so dorang dahulukan pelajar-pelajar dorangla kan. hmmmm xpela xde rezeki aku nak sambung belajar...huhu sedey sangat masa tu...........

Tapi....aku xpernah putus asa pun sebenarnya.  Selalu dok google tengok iklan. eh eh da macam stalker pulak hehehe.  Aku paling suka bukak page UITM dok google bila iklan dibuka and kos ape yang ditawarkan.  And finally, tahun 2014 aku dok tengok UITM ada offer Diploma Perakaunan secara PJJ untuk 4 taun. Aku apply and dapat! Finally.. hehehe excited but nervous.  Yela, da lama xbelajar.  Rasa da karat da otak ni hahaha...tempoh pengajian selama 4 tahun... mak oiiiii..bila aku boleh kawen ni hehehehehe...

Dipendekkan cerita, aku gi mendaftar kat UITM sensorang je naik motor. 1jam perjalanan..penat woooooo....

Tapi xpe, semangat membuak2 katanya hehe.. sebulan lepas mendaftar, tibala masa untuk gi kelas. OMG.... kelas aku bermula pukul 8.30 sehingga 6.30petang.  memang pack ooooo.. Gi and balik kelas da 2 jam perjalanan. Nasib baik 1bulan 2x je kelas.  Lau x, dengan badan yang penat, otak yang penat, mau aku give up hahahahaha.. Masa mula2 masuk kelas dulu, ramai jugak dalam kelas aku.  tapi bila dah nak abis sem ni, ehh ehh, mana yang lain??? da give up ke....?? hmmm ramai jugak yang sambung belajar ni dah kawen and ada anak.  Memang susah la nak manage time..  Even aku yang single ni rasa nak menangis bila too bz dengan keje and staD. ada masa, bila too stress dengan keje, terasa jugak nak give up.....tapi....bila pk balik, aku da perabih duit KWSP untuk sambung belajar niii, xberbaloi pulak lau give up hehehehe..(nasib baik pernah keje sebelum ni, so boleh tahan banyak la duit kwsp aku.  xpyh da nak wt loan dengan PTPTN or MARA da).

Sekarang, aku da hampir abiskan 1st semester.  Orang dok sibuk bukak buku baca untuk exam, aku dok sibuk update blog hahahaha..anyway..aku harap aku boleh tamatkan pengajian dengan jayanya..Bertabahlah..InshaAllah..