Friday, May 15, 2015

Ice Skating @ Luncur Ais

Korang dah pernah main ice skating? Dulu masa kecik-kecik selalu tengok citer orang putih main ice skating.  Teringin sangat nak main.  Bila nak main, kawan-kawan pulak malu.  So bila dah kerja and ada kawan-kawan yang sama kepala, so dapatla jugak rasa nak main hehehe..


21 Februari 2012
Sunway Pyramid

1st time main masa ni pergi dengan kawan-kawan opis. Daripada Shah Alam, kami naik KTM ke Subang and then naik bas mini ke Sunway Pyramid.

Masa mula-mula masuk dalam tu, tangan tak lekang daripada pegang bahagian tepi gelanggang ais tu..bila dah 10 minit dalam tu, dah rasa berani, pergila ke tengah sikit tapi jalan sikit jatuh, jalan sikit jatuh huhuhu.. yang paling best masa jatuh terduduk.  memang best kata kau...


4 May 2012
Sunway Pyramid

2nd time pergi, sebab tak puas main. Masa mula-mula main, asyik jatuh je kan. tak pandai nak balance badan lagi..so pergi la lagi.  ape orang kata? praktice make perfect? 

kali ni, dah pandai balance badan. dah tak jatuh dah hehe juz belum mampu nak berlari macam peluncur air yang sebenar tu.  puas aku pikir, macam mana dorang boleh ada skill meluncur laju camtu siap lompat-lompat lagi kau..


Gambar lebih dari main


29 Disember 2014
Ioi Putrajaya

3rd time main.. Ni pun sebab adik-adik datang dari Pahang and tuntut janji-janji manisku.  Sebelum ni pernah berjanji dengan dorang nak main ice skating so bila time cuti sekolah ni, bawa la main kan.  Untungnye la jadi adik. Kecik-kecik dah dapat main. Aku ni, bila dah kerja baru dapat pergi main huhuhu.

tapi entah mengapa, aku rasa best main kat Sunway.  kasut dia best..gelanggang dia best..juz korang tak boleh sesuka hati bawa handphone masuk dalam gelanggang.  bahaya katanya...


amboi..best katanya
peace
Hanah pun sibuk jugak nak main

Dah 3 kali pergi main tapi.....masih lagi belum pandai sangat hahahah.. yelah kalau dah namanya practice make perfect, mestila kena pergi selalu yea dak? ape pun, ice skating memang seronok.  Korang kalau tak pernah pergi tu, pergila main.  ade jugak kenangan nak citer kat anak-anak nanti kan (amboi berangan tak nak kalah) hehehe..

Kalau korang 1st time nak pergi, pergi time weekday sebab orang tak ramai and rate dia lagi murah daripada weekdays and cuti sekolah.  kalau jatuh-jatuh, takdelah malu sangat sebab takde pun orang dok tengok heheheheh..


1 comment: