Monday, September 5, 2016

Period Lewat dan Pendarahan Tidak Normal Part 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera uolls,

Baru-baru ni Ara period selepas lewat 2 hari daripada tarikh yang sepatutnya. Kebiasaannya, jarak period Ara memang teratur setiap bulan. Kalau Ara stress atau tidak sihat, period Ara akan cepat 1 hari atau lewat 1 hari. Bila lewat 2 hari, Ara dah serba tak keruan. Iyela.. Ara n suami memang menantikan kedatangan orang baru walaupun kami baru je mendirikan rumahtangga selama 2 bulan.

Cepat-cepat Ara minta suami belikan kit Urine Pregnancy Test jenama Disclosure. Ara decide nak test pada hari ke3 tapi malangnya pagi-pagi lagi masa Ara tengah sibuk siapkan sarapan si suami, Ara dapat rasa ada cecair mengalir di miss V. Ara berlari ke bilik and cek sama ada Ara dah start period. Sah! Ara period. Ya Allah, masa ni hancur rasanya hati ni bila tengok darah menitik.

Bila si suami yang tengah mandi keluar daripada bilik air, Ara terus bagitahu si suami yang Ara dah period. Ara boleh nampak air muka suami yang kecewa tapi si suami datang and peluk Ara and bagitahu Ara "takde rezeki.  Kita cuba lagi ok". Huhuhu

Lepas suami pergi kerja, Ara cek period Ara tapi kali ni Ara jadi pelik sebab period Ara tak banyak macam biasa. Selalu bila period, mencurah-curah darah period keluar. Tapi kali ni berbeza sangat dan period Ara yang berbentuk gumpalan berwarna merah kehitaman tu hanya keluar apabila Ara buang air kecil.  Bila suami Ara balik daripada kerja, Ara bagitahu si suami yang Ara risau sebab period Ara tak banyak macam biasa. Si suami yakinkan Ara untuk call mak. And bila Ara call mak, mak suruh Ara pergi klinik sebab mak tak pernah alami period macam Ara. Tapi bila Ara tanya kenapa tetiba period Ara jadi macamni, mak Ara cakap, mungkin ada isi dalam perut Ara. What! Huhu tapi kata-kata mak adalah satu harapan baru bagi Ara.

Dalam Ara berhuhuhu lepas call mak, si suami call mak mertua Ara plak. Huhu mak mertua pun sebut perkara yang sama. "Mungkin ada isi". Masa ni, Ara rasa keliru sangat. Kenapa hamil kalau period? And then Ara try la google.  Tapi daripada pencarian maklumat di google, Ara masih keliru sebab macam-macam pengalaman orang dan ada yang sama macam Ara tapi tidak hamil pun.

Hari ke3 period, pagi-pagi Ara try buat UPT tapi hampa.  Yang muncul hanya 1 line sahaja.  Rasa nak menangis masa ni.  Tapi hari ke3 period darah dah berhenti keluar. Cuma pada petang hampir magrib, ada setompok darah keluar dan sebelum tidur setompok lagi darah keluar.

Hati Ara dah tak keruan. Hari ke4, pagi-pagi lagi si suami bawa Ara ke klinik swasta untuk cek kenapa period Ara tidak normal seperti biasa. Jawapan daripada doktor "you may pregnant or may not pregnant". Ara melopong sebab sorang lagi manusia dan kali ni manusia yang bergelar doktor pula sebut pasal hamil.  Eh eh apa ni??? Tapi lepas dengar penjelasan daripada doktor, Ara rasa lega sikit.

Dr. Amir bagitahu, darah yang keluar mungkin bukan darah period dan pendarahan berlaku tanda daripada implantasi iaitu ovum sedang menempel di dinding rahim.  And doktor tak dapat nak buat urine test sebab terlalu awal lagi untuk buat ujian tersebut.  Kena tunggu sekurang-kurangnya 2minggu untuk pastikan sama ada Ara hamil atau sebaliknya. Jadi doktor bagi kad temujanji and minta Ara datang semula pada 11hb untuk berjumpa dengan pakar sakit puan.

Bersambung..


Bihun Goreng Simple Kegemaran Suami

Assalamualaikum dan selamat sejahtera uollls..

Sejak kecil Ara memang suka makan bihun goreng yang mak masak. So cara yang Ara masak pun ikut gaya masakan mak la. Selalu mak letak ikan bilis yang ditumbuk untuk bagi bihun tu lebih rasa tapi kali ni suami Ara kurang selera dengan resepi mak Ara huhuhu..terpaksalah Ara cuba yang lain.

Ara main campak-campak tapi tak sangka pulak suami Ara bertambah-tambah sampai habis semangkuk kat dia sorang hahaha.. Ara gunakan apa yang ada sahaja. Iyela pagi-pagi buta mana ada lagi kedai buka kalau nak beli bahan-bahan kan. Yang ada pun pasar tapi bukan Ara la kalau nak start enjin kereta dan pergi pasar. Ara rasa sarapan jadi lunch je kalau Ara start enjin kereta hehe..

Okay, kat bawah adalah cara Ara masak bihun goreng yang buatkan suami Ara bertambah-tambah.


Resepi Bihun Goreng Simple

Bahan-bahannya:

Bihun (Ara rendam dengan air panas sekejap sahaja sampai bihun lembut. Lepas tu baru Ara tukar ke air sejuk)
2 biji bawang putih (tumbuk)
3 biji bawang merah (tumbuk)
5 biji cili api kampung (tumbuk)
Isi ayam
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos cili
Garam secukup rasa
Sedikit air

Cara Membuatnya:

1. Panaskan minyak dan goreng isi ayam sekejap sahaja. Angkat isi ayam dan asingkan.
2. Gunakan minyak goreng ayam tadi dan tumis bahan yang ditumbuk
3. Masukkan sos tiram, kicap manis dan sos cili dan gaul rata. Masukkan sedikit air dan isi ayam dan kacau sehingga masak.
4. Perasakan dengan garam. Bila rasa dah cukup rasa, masukkan bihun yang direndam tadi dan goreng sehingga bihun masak.
5. Angkat dan boleh dimakan hehehe



Gitar Hadiah Harijadi

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera uolss,

21 Ogos haritu, genapla umur Ara dot dot dot hehehe (rahsia).  Hari tu 1st time Ara sambut harijadi di samping suami tercinta.  Pagi-pagi lagi si suami dah ucapkan Selamat Harijadi.  Walaupun ucapan biasa je tapi terasa diri ini dihargai sangat.

Kebetulan 21hb Ogos jatuh pada hari Ahad, si suami cuti.  Jadi macam biasa kami bersiap-siap untuk pergi jogging kat taman berhampiran rumah.  Dah puas jogging, kami terus pergi Pasar untuk topup balik barang dapur yang dah habis.

Lepas settle je rutin mingguan kami, kami balik rumah.  Yelah tak boleh nak lenggah-lenggah balik rumah dah sebabnya badan dah berpeluh-peluh ditambah plak dengan perasa ikan dan ayam kan. Mau pengsan dibuatnya.

Masa on the way balik rumah, si suami cakap tak payah masak. Makan kat luar je. Siap tanya nak makan mana. Ara paling suka kek Secret Resepi so Ara request nak makan kat situ la hehehe

Sampai rumah, Ara settlekan barang fresh then kami pun siap-siap pergi lunch kat Secret Resepi.

Blueberry Cheese SR

Then 21hb berlalu dengan aktiviti-aktiviti lain. 

22hb si suami dah start kerja balik.  Ara pun jalankan tanggungjawab Ara macam biasa. Petang 22hb, si suami balik bawa barang yang Ara pesan.  Masa Ara sambut si suami di pintu, si suami hanya bawa barang yang Ara pesan je.  Entah bila masa dia patah balik kat kereta and ambil kek harijadi Ara.  Tak sempurna katanya kalau takde acara potong kek. Oh suami.  You really make my day 😚

2nd kek

Lepas acara potong kek, hari-hari Ara berlalu macam biasa. Sampailah pada petang 31hb. Macam biasa si suami balik kerja and Ara sambut kat depan pintu.  And macam biasa, dia bagi Ara beg dan barang-barang kerja dia, so Ara bawa masuk ke dalam rumah.  Masa Ara tengah ralit letak barang-barang kerja si suami, si suami datang dari belakang and say "happy birthday" sambil hulurkan gitar.  Ara pelik selalu si isteri akan dapat oven atau microwave atau seangkatan dengannya hehehe. Menggaru jugak kepala ni tapi Ara syukur sangat si suami tetap tak lupakan hadiah hari jadi Ara.

Hadiah hari jadi


Sekian...

Friday, August 12, 2016

Kali Pertama Buat Passport Malaysia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera uolls..

19 Julai 2016 aritu Ara buat passport untuk kali pertama. Eh dah hampir sebulan dah baru nak update ke hehehe..almaklumla sejak dah kahwin ni, sibuk jaga suami (sibuk kerrr).  Ara ni dah tua bangka baru nak buat passport. Itu pun sebab nak ikut husband pergi oversea. Kalau harap Ara nk pergi oversea, sampai berjanggut la baru buat passport hahahah

18 Julai 2016,mula-mula Ara and husband pergi Bahagian Passport di Jabatan Imigresen kat Presint 2, Putrajaya. Masa tu tengah demam tapi ada hati nak buat passport jugak huhu.. Lepas ambil nombor giliran, Ara tengok punya ramai manusia yang datang nak buat passport adoiii sedihnye..kenapa ramai sangat orang buat passport kat situ haaaa..Ara gagahkan jugak nak tunggu. Tak sampai 10 minit Ara dah merengek kat husband ajak balik Pahang. Tak boleh tahan nak tunggu giliran yang ke-200++ tu hehehe

19 Julai, Ara call Imigresen Temerloh untuk confirmkan sama ada kat situ ada kaunter passport. Alhamdulillah.. ada kaunter passport kat Imigresen Temerloh.  Ara pergi dengan husband. Sejam je dah siap passport. Seronok sangat. Orang pun tak ramai hehehe. Sape-sape yang tak tahu kat mana pejabat imigresen Temerloh ni, korang cari je Bangunan Persekutuan Temerloh.  Jabatan Imigresen ada dalam bangunan tu haaaa hehehe..

Kepada korang-korang yang macam Ara ni, baru pertama kali nak buat passport, sebelum korang pergi Jabatan Imigresen, korang pastikan korang bawa Mykad atau kad pengenalan sementara (kalau takde Mykad).  Untuk korang-korang atau anak korang yang di bawah 18tahun, pastikan bawa Mykad/Mykid, Sijil Lahir Pemohon dan Mykad ibu atau bapa (ibu atau bapa kena hadir bersama). Kanak-kanak bawah 4 tahun sahaja perlu bawa 2 keping gambar ikut spesifikasi yang pihak Imigresen dah tetapkan.

Okay step nak buat passport senang jer.  Korang ikut je step yang Ara bagi ni :-

STEP 1
Pergi kaunter Imigresen dan bagitahu kaunter yang korang nak buat passport untuk kali pertama. Pegawai di kaunter akan bagi nombor giliran dengan borang permohonan passport Malaysia.  Isi borang permohonan sambil tunggu nombor giliran korang dipanggil.

STEP 2 
Kaunter kedua ni adalah kaunter untuk ambil gambar passport korang.  Masa nombor dipanggil, pegawai tu akan ambil gambar korang.  Pastikan korang pakai cantik-cantik and makeup jangan lupa hehehe. Yang penting sekali, kalau korang bertudung, pakai siap-siap tudung hitam dari rumah. Kalau korang pakai tudung selain daripada tudung hitam, sia-sia la korang pakai cantik-cantik hehehe sebab korang kena pakai tudung hitam yang pihak Imigresen dah sediakan.  Lepas ambil gambar, pegawai akan confirmkan butiran yang korang isi dalam borang permohonan passport dan masukkan dalam sistem dorang and then dorang akan print satu borang butiran permohonan korang. Settle step ni.

STEP 3
Untuk step ni pun korang kena tunggu nombor giliran korang dipanggil ke kaunter bayaran.  Bila dah dipanggil, korang bayar jelah ikut bayaran yang dah pihak Imigresen tetapkan. Lepas korang dah bayar, pegawai akan minta korang tunggu 1 jam untuk siapkan passport korang. Lepas bayar, korang pergilah mana-mana, makan ke minum ke sementara nak tunggu passport korang siap kan.

Kadar Baru Bayaran Untuk Tempoh 5 Tahun (kadar untuk 2 tahun dah dimansuhkan)

a. Pemohon biasa (13 tahun hingga 59 tahun) RM200.00
b. Warga Emas (60 tahun ke atas) RM100.00
c. Kanak-kanak (12 tahun ke bawah) RM100.00
d. Pelajar mengikuti program ijazah luar negara (21 tahun dan ke bawah) RM100.00
e. Jemaah Haji (surat pengesahan daripada Tabung haji atau agensi yang dilantik) RM100.00

STEP 4
Lepas 1 jam, korang boleh terus pergi ke kaunter pengambilan passport (tak payah ikut nombor giliran lagi). So, dah settle passport korang. Senang je kan hehe.

Passport Ara yang dah siap hehe
Okeh, sekian dari Ara.  Harap-harap dapat bantu korang yang pertama kali nak ke luar negara.