Saturday, December 6, 2014

Festival Eh Eh Busfest 2014 di Putrajaya

Assalam uolls,

Buat julung - julung kalinya Festival 'Eh Eh Busfest 2014' dianjurkan di Putrajaya . Pelbagai aktiviti menarik yang diadakan antaranya adalah:
  1. Doodle On Bus Showcase
  2. Pertandingan ‘Selfie’ Bersama Bas Putrajaya
  3. Karnival Kanak-Kanak
  4. Bouncing Castles
  5. Pertandingan Mewarna
  6. Treasure Hunt By Bus
  7. Pertandingan Mencipta Logo Bas Putrajaya
  8. Program Khas Bersama Bas Putrajaya
  9. Online Bazaar
  10. Cabutan Bertuah!
Festival diadakan di:

Tempat : Putrajaya Sentral
Masa : 10.00 pagi - 10.00 malam
Tarikh : 5 - 7 Disember 2014

Sesiapa rasa nak jalan - jalan di Putrajaya secara percuma boleh naik bas Nadi Putra bermula 5hb Disember sehingga 7 Disember 2014 sahaja!

Kredit Picture : ehehbazaar
Kepada peminat selfie, ni lah peluang korang! Datang ke Eh Eh Busfest and berpeluang memenangi wang tunai!

Cara Penyertaan:

Hadirkan diri ke Festival Eh Eh Busfest
Selfie dengan Bas Putrajaya
Tag gambar korang #selfiebusfest & @ehehbazaar

Pemenang akan dipilih berdasarkan selfie kreatif and 'like' terbanyak 



Untuk maklumat lanjut, hubungi 03 8912 0716 atau emel ehehbazaar@gmail.com.

Friday, December 5, 2014

Hanah kena Demam Panas dan Jangkitan Saluran Pernafasan

Semalam masa balik kerja Hanah nampak ok lagi.  Bila nampak aku bukak pintu, terus menuju pergi kat aku. Cam biasa, nak masuk bilik aku and menyepahkan lagi bilik aku yang sedia dah bersepah. 

Bila dah masuk bilik aku, cam biasa semua benda yang dia nampak dia ambik tapi dia paling suka ambik kerosang aku then letak kat telinga.  da banyak kali aku perhatikan jer.  Hanah ingat kerongsang aku tu subang ke ape haha..

Aku duduk sebelah Hanah tengok dia main then aku sentuh badan dia. Panasnyaaa! Aku cari termometer nak sukat suhu badan Hanah tapi tak jumpe..tah mana Hanah campak. Adoyai time nak guna camni tak jumpe pulak..then aku tanya Hanah, "Hanah nak baring dengan makde?" Kesian tengok dia.  Sedangkan aku yang da tua ni lau badan panas da melepak atas tilam, nikan budak kecik cam dia. "Nanak" kata Hanah maksudnya tak nak pastu dia da start menangis.  Terus aku capai tangan dia then peluk and dodoikan dia..


Gambar Maintain Comel


Masa peluk Hanah aku terbau muntah.  Aku keluar bilik bawa Hanah then tanya mommy Hanah, "Hanah muntah ke?"  Mommy cakap " tak de pun". pelik ada bau tapi tak muntah.  kat leher baju Hanah pun ada kesan.  "Maybe Hanah muntah kat rumah pengasuh kot" berbisik dalam hati. 

Aku bawa Hanah duduk kat sofa then dodoikan dia sambil tengok tv.  tetiba nafas dia berbunyi macam ada kahak yang banyak pastu dia nak menangis.  Dia macam susah nak bernafas and degupan jantung dia laju sangat.  Aku tepuk belakang badan dia then usap - usap bagi dia senang nak bernafas.  Minta maaflah Hanah, makde tak de sijil jururawat so tu jer yang terbaik makde boleh buat. and then nafas dia da tak bunyi.  Ok kira menjadi jugakla cara aku tuh..

Aku baringkan Hanah atas badan aku sebab aku perasaan bila dia dalam kedudukan baring macam biasa, dia lagi susah nak bernafas.  tiap kali nafas dia berbunyi, aku tepuk and usap belakang badan Hanah and dia pun nampak cam selesa bila aku buat macam tu.  

Malam tu lepas makan malam, mommy bawa Hanah gi klinik. Aku tak leh ikut.  Pakcik, mak cik and nenek aku on the way datang rumah.  Dalam pukul 10.57 malam, daddy Hanah hantar video Hanah tengah pakai nebulizer. Menjerit - jerit dia menangis katanya "Nanak, nanak" hmmm sayu hati tengok.

Doktor cakap Hanah kena jangkitan salur pernafasan and demam panas (40'C). Kesiannya Hanah hmmm..

to be continue.....

Wednesday, December 3, 2014

Pengalaman Naik Bas Balik Kerja

Assalam uolls,

Semalam 1st time rasa takut naik bas balik dari kerja.  Selama ni aku naik motor jer pergi and balik kerja tapi lepas buat minor operation and wallet hilang, sebenarnya nak ckp lesen and roadtax motor tak renew lagi sebab malas nak pergi jumpa abg JPJ huhuhu, aku dah tak bawa motor.

kredit picture to Kaki Jalan Ke Melaka

Motor kesayangan dah jadi motor terbiar kat parking tuh.

Mula - mula masa naik bas, selalu la aku balik awal, pukul 4.30 petang da cau.  Tapi lately, aku selalu kuar opis pukul 6.15 petang.  Time balik memang selalu aku sorang jela dalam bas tu sebab kawasan yang aku duduk tu kawasan pegawai gred 27 ke atas.  Disebabkan hidup aku ni menumpang kakak aku, so aku tergolong la dalam kalangan pegawai tu hahaha (perasaan) and dorang sume ada kenderaan sendiri. Susah la nak tengok stesen bas tu ada orang.

Bas ke rumah aku selalunya 1/2jam sekali je.  So aku kuar la 10@15minit awal.  takut terlepas bas kan and semalam 1st time aku takut sebab masa aku bayar tambang driver tu da senyum - senyum.  Aku ni jenis kelam kabut sikit.  Bila dia senyum aku buat tak nampak je and then aku pergi duduk betul - betul kat perut bas.  Aku suka duduk kat perut bas sebab senang nak keluar and dekat dengan pintu.

Aku baru je duduk tetiba driver tu dah start tanya macam - macam soklan. Aku pun jawab la acuh tak acuh.  Bila aku asyik suruh driver tu ulang balik soklan dia, dia panggil aku suruh duduk kat seat depan.  Adoi aku dah rasa tak senang duduk tapi aku tolak pelawaan dia.  Aku cakap, "takpela, saya lagi suka duduk kat sini sebab pemandangan luas sikit" err cam tak logik je alasan aku.  Ah bantai jela yang penting aku tak nak duduk kat seat depan.

Sepanjang perjalanan yang amik masa 1/2jam tu macam-macam soklan yang driver tu tanya. part paling aku tak suka bila dia tanya soklan, dia pandang belakang sambil drive.  Wei drive pandang depan lerrrrrr (dalam hati jer). Konon - konon nak elakkan soklan dari si driver, aku wat - wat busy mesej kawan aku si Yanti   yang jugak cikgu aku (ajar buat blog hehe) tapi si driver sikit pun tak heran. Adoi..

Dipendekkan cerita, masa dah sampai kat stesen depan umah, pintu bas tak boleh buka.  Aku da kecut perut. Ape ni..tolong!!! jerit hati kecilku..ewah haha.. then driver bersuara. Pintu tak boleh buka la.  Aku lagi la dup dap dup dap tahan rasa takut and tetiba pintu terbuka.  melompat la aku turun dari tangga bas.

da turun..ah lega rasanya.

nak kata menakutkan, takdela menakutkan sangat tapi disebabkan fobia dengan cerita kes - kes rogol, pencabulan ke atas kaum iolls yang lemah ni, aku jadi lebih berhati - hati and suka berpikiran negatif.

Tuesday, December 2, 2014

Kemas Kini BR1M 2015

Salam 1 Malaysia..

Permohonan semula / kemas kini boleh dibuat secara dalam talian atau secara manual mulai 1 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014.  Kegagalan membuat permohonan semula / kemas kini akan menyebabkan permohonan tidak diproses.

Awak dah apply?  Saya sudah :-p



Layari https://ebr1m.hasil.gov.my/